Tinggalkan Link Anda Disini!

Jumaat, 25 Mac 2011

Pengalaman menjadi penggubal soalan.

Sini saya nak kongsi la memori jadi sebagai seorang student. Sem ni banyak cabaran la. Tak bole main-main macam sem yang lepas-lepas. Kali ni kami diberi tanggungjawab la. Buat assignment yang memerlukan kami pergi ke sekola. Nak tau subjek apa?? Nama subjek kami ni Testing And Evaluation In Education. Subjek ni khas untuk student kat UniRazak yang ambik education.

So nama lectrer kami ni Cikgu zeliha. Beliau sangat berdedikasi dan agak strict dalam pengajaran dan pembelajaran. Sampaikan dari segi pakaian pun kna smart, formal sebab nak jadi cikgu kena berpenampilan kemas.

Nak kenal cikgu Zeliha?? Jom..

Cikgu Zeliha (tengah sambil memegang beg tangan)



                                       Ni la penampilan yang Cikgu Zeliha sarankan. Ok kan??hehehe

Bila dah diberi tugasan, kami pun fikirla. Subjek apa la nak pilih. So, Stella ( kebaya hijau) ni syorkan kami buat soalan untuk subjek KHB( ERT) Tingkatan 2. Semua setuju dan buat la apa yang patut. Dalam tugasan tu, kami kena buat 30 soalan objektif, tapi kna la ikut format peperiksaan betul2.
Kami memilih SMK Batu Kawah, Kuching sebagai "bahan ujikaji". heheh

Ada sedikit foto-foto yang kami sempat snap..

                                                       Cikgu Dewi dan Cikgu Aileen




                                                                         Cikgu Stella



                                                Kertas peperiksaan yang kami sendiri gubal.


                                                     Cikgu Aileen sedang mengawas..


                                    Para pelajar yang sedang khusyuk menjawab kertas peperiksaan.

Pengalaman sebagai guru pengawas, penggubal soalan dapat mengembalikan zaman persekolahan kita tentang apa yang cikgu-cikgu kita tempuhi lebih-lebih lagi semasa peperiksaan, dalam membuat, dan merancang soalan apa yang dibuat.
Sekian.

Isnin, 21 Mac 2011

Disebalik nafas berbau. Ada ceritanya.

Adala aku kenal ngan sorang pompuan ni. Dia study sama kat universiti. Dia tinggal sebilik ngan aku. Tdo sebelah katil aku lagi. Dia ni ada masalah la ngan nafas. Hari-hari aku hidu bau gigi dia tu.hahahahahahaha...
Aku nak bagi tau dia tp x nak pula coz dia tu jenis x dapat terima kenyataan sebab dia cepat moody 'n' merajuk. So aku diam la dan buat derk...  Dia pegi dating  time petang-petang. Tu pun x gosok gigi kalau dah bangun tdo petang..haizzz
Bulan berikutnya, aku ni nak pegi shopping la. Beli ubat gigi (colgate). Aku ajak dia la temankan aku. Dia tanya nak pegi mana? Aku jawab , pegi kedai la. Beli ubat gigi. Dah habis. So dia komenla, "Aku punya ubat gigi tak pandai habis-habis". Aku hentam dia balik la. " Sebab ko jarang sangat gosok gigi". Ko gosok pagi jak. Time malam ko x gosok, siang nak pegi jalan ko x gosok juga".. So dia diamla seribu bahasa. Aku x paham la minah ni. Ego ka, super ego ka, hipokrit ke..

Akan da banyak cerita sambungan tentang minah ni..To be continue..



Bagi contoh macam ni je...tak nak la publish gambar dia..kna saman nti..hahah



Colgate....

Sabtu, 19 Februari 2011

AIDS : Acquired Immune Deficiency Syndrome









Pada 05 Jun 1981, United States Centers for Disease Control membuat laporan berkenaan 5 orang kumpulan lelaki gay ( homoseksual) di Los Angeles telah mengidap pneumonia. Selepas itu, pneumonia ini telah dikenal pasti sebagai salah satu simptom HIV.







HIV Positif adalah merujuk kepada adanya antibodi HIV., yang bermaksud seseorang individu itu telah dijangkiti oleh  human immunodeficiency virus (HIV) atau virus HIV dan dipercayai akan menyebabkan penyakit AIDS. 




AIDS (acquired immune deficiency syndrome) ialah mengancam nyawa manusia apabila seseorang individu itu mengidap HIV Positif dan di tahap T-cells  (CD4 immune cells) ada 200 lebih tinggi daripada pada milimeter padu darah atau telah mengembangkan satu atau lebih daripada 26 penyakit tertentu ( pneumonia, kanser kulit)
Ia mengambil kira bertahun-tahun  atau berdekad untuk HIV untuk berkembang menjadi AIDS







Kriteria tahap T-sel di bawah 200 menjadi sebahagian daripada erti  AIDS pada tahun 1993. T-sel merupakan sebahagian penting daripada sistem kekebalan tubuh, yangberjuang melawan agen toksik (virus dan bakteria). Kerana perubahan ini, beberapa orang yang sebelumnya ditakrifkan sebagai HIVpositif sekarang ditakrifkan sebagai mempunyai AIDS, bahkan jika tidak ada gejalayang jelas telah berkembang.






T-cell

Para pengkaji melaporkan bahawa HIV berasal daripada monyet Afrika, yang tersebar ke Chimpanzi dan pada tahun 1950an ke badan manusia. (Bailes et al, 2003)

Sebanyak 40 juta penduduk dunia adalah dijangkiti oleh HIV dan setiap orang daripada 1 dijangkiti setiap 8 saat. Sebanyak 25 juta penduduk dunia mati akibat AIDS semenjak kes pertama dilaporkan sejak tahun 1981, membuatnya menjadi salah satu penyakit paling menggerunkan dalam sejarah ( Engeler, 2006P; Gerlach , 2006). 


pesakit HIV

 pesakit AIDS






Isnin, 17 Januari 2011

Lagu Cari Jodoh dari Wali Band terdapat dalam versi English!

Lagu Cari Jodoh dari Wali Band kini terdapat dalam versi English. Lagu ini dinyayikan oleh seorang artis lelaki yang bernama Fabrizio Faniello,29, yang merupakan penyanyi pop dari Malta.

Anda boleh lihat sendiri video klipnya. Lirik lagunya tidak jauh berbeza cuma video klipnya sedikit pelik...=D

Bukan sahaja lagu Cari Jodoh, malah lagu Wali Band yang berjudul Baik-baik Sayang atau dalam versi English nya iaitu My Heart Is Asking You juga ada.

                                                                   I no I can (Cari Jodoh)

Versi Baik-Baik Sayang ( My Heart Is Asking You)


                                                                  Selamat Menonton!!!!

5 Sebab Anugerah Golden Globes lebih bagus daripada Anugerah Oscar



Nampaknya, musim anugerah industri perfileman telah pun bermula dan dijalankan di Hollywood.

Sebab pertama anugerah Golden Globes lebih menarik minat serta bagus ialah:

1. TV dan filem dirayaka atau pun mendapat pencalonan. Anugerah Golden Globes seperti juga Anugerah Academy digabungkan dengan Anugerah Emmy.

2. Hollywood Foreign Press adalah adil. Tidak seperti angerah-anugerah lain. Anugerah Golden Globes adalah mengikut undian penduduk dunia atau pun secara antarabangsa.

3.Suasana atau keadaan semasa majlis anugerah adalah tidak tertakluk kepada pertauran. Atau lebih dikenali dengan keadaan "SANTAI". Tidak terlalu serius, dan boleh membuat lawak, begurau dan nampak tidak membosankan serta lebih terhibur.

4. Pencalonan bagi kategori muzik dan komedi juga mendapat pencalonan. Tidak seperti mana-mana anugerah lain, kategori ini tidak diberi peluang untuk turut serta dalam pencalonan.

5. Anugerah Golden Globes menjanjikan kejutan! Tidak seperti Anugerah Oscar, Anugerah Golden Globes bersifat kejutan dimana seleberiti yang disangka akan memenangi tidak mustahil jika anugerah itu direbut oleh seleberiti lain yang kita tidak jangkakan. Seperti Natalie Portman(Black Swan) yang merangkul banyak anugerah dalam Anugerah Oscar, tidak mustahil artis seperti Michelle Williams (Blue Valentine) yang akan memenangi. Siapa jangka?? =)

Red Carpet:




Brad Pitt, Angelina Jolie

Jumaat, 14 Januari 2011

Disney: Tiada lagi filem berunsur lagenda ?? (Fairy Tale)



Disney membuat keputusan untuk tidak lagi membuat filem berunsur lagenda untuk semetara waktu. Disney yang telah terkenal selama 73 tahun sebagai penerbit filem beunsur fantasi, lagenda, telah menarik minat kanak-kanak,serta keluarga  di Hollywood.



Dan dimaklumkan bahawa, Tangled merupakan filem animasi lagenda yang terakhir untuk jangka masa panjang ini.

Penyebab utama terhadap masalah ini ialah kebanyakkan gadis tidak melihat kepada watak seoarang puteri itu dan menganggap perkahwinan itu bukanlah yang ideal.

Ini disebabkan terdapat segelintir 5 & 6 orang yang tidak berminat untuk menjadi "puteri".Lagi pun kehidupan seorang puteri adalah rasmi jika melibatkan hal-hal keluarga serta penuh tanggungjawab. Berbanding dengan zaman sekarang, gadis-gadis lebih suka hidup dalam keadaan yang mengejar populariti.

Namun begitu terdapat juga faktor-faktor lain yang menyebabkan ini berlaku.

Isnin, 3 Januari 2011

"Twilight dan Glee" menang award People's Choice Awards!

 
Trilogy Twilight Saga , Eclipse mendapat 8 pencalonan daripada favorite movies. Di antara favorites movie tersebut adalah Alice In Wonderland, Inception, Iron Man 2, Toy Story 3 dan The Twilight Saga. 

Bagi kategori muzik pula, rancangan muzikal Glee pula menjuarai di ikuti dengan Eminem, Lady Gaga.

                                                                              Glee
Sebanyak 44 kategori dalam anugerah ini adalah berdasarkan kepada undian para peminat dan bukanya campur tangan daripada pihak atasan dalam industri perfileman.
Pelbagai kategori yand dipertandingkan. Namu, terdapat pencalonan baru dalam anugerah ini seperti Favourite Horror Movie, Favorite TV Doctor dan Favourite Movie Star Under 25. 

Anugerah ini telah berlangsung di Los Angeles, dan Queen Latifah sebagai pengacara anugerah "People's Choise Awards" yang ke 37 tahun. 

                                                                     Queen Latifah

Ahad, 2 Januari 2011

Penyanyi dari kumpulan Boney M meninggal dunia?!

 Bobby Farrell, 61,merupakan salah seorang ahli kumpulan Boney M yang popular pada era 1970 an. Mereka sangat popular pada masa itu dan berada pada top carta di European Charts. Irama lagu mereka berunsur disko dan clypso. Beliau didapati meninggal di bilik hotel nya pada Khamis lepas di mana pada ketika itu mereka melakukan tour di Rusia.





                                                              suatu ketika dahulu 


Penyebab kepada kematian beliau tidak dikenal pasti namun beliau ada mengalami masalah kesihatan sejak 10 tahun ini.
                    gambar terkini,

                                        Takziah buat Bobby Farrell!! Rest In Peace!! We Love You!!

         Bobby Farrell (tengah) dikenali sebagai daddy cool..                                   

Sabtu, 1 Januari 2011

There is any requirement to learnt Language and art subject??

please sharing with me..
 
Copyright © *****. All rights reserved.
Blogger template created by Templates Block | Start My Salary
Designed by Santhosh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...